Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Monday, February 27, 2012

Aksi Seks Ibu Bapa Ditiru Anak Sendiri


KANGAR – Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya. -hmetro.com

mynewshub

Thursday, February 23, 2012

PASANGAN DICEKUP KHALWAT KALI KEDUA


BATU PAHAT – Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di daerah ini Januari lalu, dicekup buat kali kedua di sebuah hotel murah di sini, petang semalam.

Pasangan masing-masing berusia 40-an itu dicekup sepasukan penguat kuasa Agama Daerah Batu Pahat yang melakukan serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur dan terdapat seorang bayi tidur bersebelahan mereka.

“Ketika disoal penguat kuasa, mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram.

“Hasil siasatan mendapati bayi tersebut yang berusia dua minggu itu dipercayai adalah bayi hasil hubungan terlarang pasangan terbabit yang dibawa untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang akan menyangka mereka ini adalah suami isteri,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang sebelum ini sarat mengandung langsung tidak dapat dihidu keluarganya yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas mereka diberkas.

“Berdasarkan rekod, ini adalah tangkapan kedua mem­­babitkan pasangan itu di mana serbuan menyasarkan hotel bajet di sini.

“Ketika ditahan pertama kali, wanita terbabit sedang sarat mengandung dipercayai hasil hubungan terlarang mereka,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, difahamkan lelaki terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri, namun kini dalam proses penceraian berikutan ingin mengahwini kekasih hatinya itu.

“Pasangan terbabit yang merupakan warga tempatan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.-SH

Wednesday, February 22, 2012

Gadis Bogel Depan Penguatkuasa


BATU PAHAT – Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun.

Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat.

Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu.

Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu.

“Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu.

"Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan.

“Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat’, serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi.

“Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya.

Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit.

"Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu.

"Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling,” katanya.


SH/johor

Tuesday, February 21, 2012

KANTOI SOROK AWEK DALAM TANDAS



Batu pahat – Taktik seorang lelaki menyembunyikan kekasihnya dalam tandas sebuah hotel tiga bintang di sini tidak menjadi selepas penguat kuasa jabatan agama daerah menjumpai sepasang kasut wanita di bilik berkenaan.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohad Sopah, berkata, penemuan kasut wanita itu menyebabkan pihaknya memeriksa keseluruhan bilik dan menemui seorang gadis di dalam tandas bilik itu.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya mengaku menginap sendirian di hotel tersebut sebelum tembelangnya pecah.

Lelaki itu,katanya, hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju sejurus membuka pintu bilik berkenaan selepas diketuk beberapa kali penguat kuasa.

“Selepas disoal, lelaki itu kemudiannya mengaku teman wanitanya ada bersama dalam satu bilik dan sedang bersembunyi dalam bilik mandi akibat terlalu panik.

“Setelah dijumpai di bilik mandi, wanita berkenaan diperiksa pegawai wanita dan jelas wanita itu tidak mengenakan sebarang pakaian dalam,” katanya.

Pihaknya difahamkan, lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar teman wanitanya yang juga seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di sini.

Akibat terlalu kepenatan memandu, pasangan kekasih itu, katanya, mengambil keputusan untuk menginap di hotel berkenaan sebelum diserbu pihak berkuasa.

“Kedua mereka berasal dari salah sebuah negeri di pantai timur negara dan masing-masing berusia 23 tahun dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. -Sinar Harian

Friday, February 17, 2012

Inilah Valentine, Kahwin Bogel Ramai-ramai Di Pantai

Mereka berkahwin beramai-ramai dalam keadaan berbogel, kalau tidak disekat boleh berlaku di sini..
SEMBILAN pasang pelancong (gambar di atas) semalam menyuarakan ikrar perkahwinan.. “Saya terima” dengan berbogel di pantai Jamaica.

Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey. Dia tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.

“Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng,” kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat.

Di Malaysia Johor Bahru, hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih atau Valentine sebagai hari istimewa bersama pasangan, rupanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), malam kelmarin. Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan JAIJ bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam.
Gambar bawah sekali lain pula, ia berlaku pada Hari Valentine tahun lepas di Malaysia, ditangkap berkhalwat dalam keadaan berpakaian coli dan seluar dalam sahaja.

Itulah antara bahayanya Hari Valentine, budaya songsang yang diimpot ke negara ini..
(IH/pelbagai sumber)ibnuhasyim

Wednesday, February 15, 2012

102 Orang Islam Dicekup Pada Malam Hari Kekasih di Johor

Menggigil dicekup Jais di hotel



 






PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup
bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah
maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.




 




Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.

 




Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada
dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta
menunjukkan kad nikah.

 




Bagaimanapun, dia memberi alasan tidak membawa kad nikah dan mahu pulang ke rumahnya bagi mengambil kad tersebut.

 




Jurucakap Jais berkata, sebelum itu, penguat kuasa terpaksa menunggu
kira-kira 15 minit sebelum bilik hotel itu dibuka oleh lelaki tersebut
dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi.

 




Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan di bilik hotel bajet di sekitar daerah ini.

 




Selain Jais, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling
Jaya dan polis.

 




Jurucakap Jais berkata, daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa,
pihaknya menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun
kerana berdua-duaan dalam bilik tanpa ikatan pernikahan yang sah.

 




Kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat
Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995 kerana berkhalwat.


 


juga dibawah...


 



102 Orang Islam Dicekup pada Malam Hari Kekasih di Johor
































[SH]
JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai
hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102
orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.



Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam
Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua
pagi.



Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari
berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet
dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun.



“Daripada jumlah tersebut, 94 orang merupakan rakyat tempatan, tujuh
warga Indonesia dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya kepada
Sinar Harian, semalam.



Menurut Mohd Zamri, sebanyak 44 pasangan disiasat mengikut Seksyen 27
(1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana
berkhalwat.



Katanya, seramai 12 orang pula disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen
sama kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan dua di bawah
Seksyen 19 enakmen sama kerana meminum minuman memabukkan.



Kesemua yang ditahan telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara.



Sementara itu, dalam salah satu operasi yang dijalankan, seorang wanita
bagaikan tidak serik apabila dicekup buat kali ketiga di sebuah hotel
murah di Taman Puteri Wangsa, di sini, kelmarin.



Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini pernah ditahan dua kali atas
kesalahan sama dicekup bersama pasangannya berusia 30-an ketika serbuan
dijalankan pada jam 11.30 malam.



Turut ditemui di bilik yang disewa oleh pasangan itu peralatan dan
dadah dipercayai jenis syabu. Dalam operasi sama, seorang lelaki hampir
pitam apabila bilik yang disewanya diserbu penguatkuasa.



Lelaki berasal dari Kota Tinggi itu kelihatan pucat dan berpeluh-peluh
apabilanya dihujani pelbagai soalan daripada pegawai bertugas.



Dalam Ops Kekasih tahun ini, seramai 78 penguatkuasa Jaij terlibat di seluruh daerah negeri Johor.


 

dari hadis :








"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila manusia
melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka
dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang
terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa
mencegahnya."


 








Huraian Hadith: 







1. Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.

2. Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada
melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi
agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej
yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk
kepada yang bukan Islam.

3. Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang
buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat
seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika
dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai
seluruh makhluk di sekitarnya.



birupasdalam