Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Wednesday, February 27, 2013

Culik, rogol teman wanita


KOTA BHARU – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menculik dan merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun, 11 Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 21 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mohd Amirul Hisyam Mat Salleh dari Kampung Batu Hitam, Pasir Puteh didakwa menculik gadis itu pada jam 7 pagi tarikh berkenaan sebelum didakwa merogolnya pada jam 3 petang hari sama.

Pertuduhan rogol dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan manakala tuduhan culik dibuat berasingan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Bagi dakwaan rogol, tertuduh berdepan penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat manakala, bagi tuduhan culik dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, susulan daripada penafiannya, Azman menangguhkan kes untuk pengurusan sementara tertuduh yang diwakili peguam, Rosmizan Sulaiman dibenarkan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh sebelum ini bekerja sebagai penoreh getah sebelum berpindah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai mekanik.

Azman dalam pada itu turut mengenakan syarat kepada tertuduh supaya tidak mendekati mangsa, mengganggu atau berkomunikasi dengan remaja perempuan itu dalam apa-apa cara sekalipun.

Dia yang kematian bapanya sejak 12 tahun lalu itu kemudian dijamin oleh datuk saudara. Sinar

No comments:

Post a Comment

Post a Comment