Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Wednesday, February 15, 2012

102 Orang Islam Dicekup Pada Malam Hari Kekasih di Johor

Menggigil dicekup Jais di hotel



 






PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup
bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah
maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.




 




Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.

 




Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada
dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta
menunjukkan kad nikah.

 




Bagaimanapun, dia memberi alasan tidak membawa kad nikah dan mahu pulang ke rumahnya bagi mengambil kad tersebut.

 




Jurucakap Jais berkata, sebelum itu, penguat kuasa terpaksa menunggu
kira-kira 15 minit sebelum bilik hotel itu dibuka oleh lelaki tersebut
dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi.

 




Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan di bilik hotel bajet di sekitar daerah ini.

 




Selain Jais, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling
Jaya dan polis.

 




Jurucakap Jais berkata, daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa,
pihaknya menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun
kerana berdua-duaan dalam bilik tanpa ikatan pernikahan yang sah.

 




Kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat
Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995 kerana berkhalwat.


 


juga dibawah...


 



102 Orang Islam Dicekup pada Malam Hari Kekasih di Johor
































[SH]
JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai
hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102
orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.



Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam
Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua
pagi.



Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari
berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet
dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun.



“Daripada jumlah tersebut, 94 orang merupakan rakyat tempatan, tujuh
warga Indonesia dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya kepada
Sinar Harian, semalam.



Menurut Mohd Zamri, sebanyak 44 pasangan disiasat mengikut Seksyen 27
(1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana
berkhalwat.



Katanya, seramai 12 orang pula disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen
sama kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan dua di bawah
Seksyen 19 enakmen sama kerana meminum minuman memabukkan.



Kesemua yang ditahan telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara.



Sementara itu, dalam salah satu operasi yang dijalankan, seorang wanita
bagaikan tidak serik apabila dicekup buat kali ketiga di sebuah hotel
murah di Taman Puteri Wangsa, di sini, kelmarin.



Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini pernah ditahan dua kali atas
kesalahan sama dicekup bersama pasangannya berusia 30-an ketika serbuan
dijalankan pada jam 11.30 malam.



Turut ditemui di bilik yang disewa oleh pasangan itu peralatan dan
dadah dipercayai jenis syabu. Dalam operasi sama, seorang lelaki hampir
pitam apabila bilik yang disewanya diserbu penguatkuasa.



Lelaki berasal dari Kota Tinggi itu kelihatan pucat dan berpeluh-peluh
apabilanya dihujani pelbagai soalan daripada pegawai bertugas.



Dalam Ops Kekasih tahun ini, seramai 78 penguatkuasa Jaij terlibat di seluruh daerah negeri Johor.


 

dari hadis :








"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila manusia
melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka
dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang
terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa
mencegahnya."


 








Huraian Hadith: 







1. Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.

2. Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada
melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi
agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej
yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk
kepada yang bukan Islam.

3. Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang
buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat
seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika
dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai
seluruh makhluk di sekitarnya.



birupasdalam

No comments:

Post a Comment