Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Thursday, July 12, 2012

Bincang bisnes sampai ke bilik tidur, isteri orang ditangkap basah

Gambar Hiasan


ALOR SETAR - Seorang wanita yang bertugas sebagai kakitangan awam yang masih berstatus isteri orang dicekup kerana berkhalwat dengan pasangan bukan Islam di sebuah apartment di Pekan Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Wanita berusia lewat 30-an itu mempunyai emapt orang anak manakala pasangannya yang sudah berkahwin, dicekup kira-kira jam 1 pagi dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal)

Penolong Pegawai Padal, Rosyadah Ramli berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke apartmen terbabit yang dipercayai disewa oleh lelaki terbabit yang berusia sekitar 40-an sejurus menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.

Beliau berkata, setibanya di rumah itu, pihaknya kemudian megetuk pintu berkali-kali sebelum dibuka lelaki terbabit yang berseluar pendek tanpa baju dan memberitahu tinggal seorang diri.

"Anggota kami meminta kebenaran membuat pemeriksaan dan menemui seorang wanita yang memakai blause dipercayai baru bangun tidur di dalam sebuah bilik.

"Pasangan itu memberi alasan mereka berbincang mengenai urusan perniagaan dan mengaku sudah berkeluarga serta mempunyai anak," katanya.

Rosyadah berkata, pasangan itu dipercayai berasal dari Pulau Pinang, tetapi bertugas di pulau itu dan mengaku kerap berjumpa untuk membincangkan urusan perniagaan.

Beliau berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kuah, Langkawi untuk membuat laporan ditangkap dan wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut manakala teman lelakinya dibebaskan kerana bukan Islam.


Credit: Pilihan Anda

 

No comments:

Post a Comment