Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Saturday, June 30, 2012

Warga Emas Kantoi Khalwat dengan Isteri Orang

PAGOH: Seorang warga tua cuba bersembunyi di dapur, sejurus menyedari dia dan pasangannya yang juga isteri orang, dikepung penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka berkhalwat.

Warga tua berusia 59 tahun itu serta pasangannya yang berusia 27 tahun dikesan melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah teres di sini, awal pagi semalam.

Helah lelaki itu meninggalkan keretanya di tepi jalan kira-kira 100 meter dari rumah pasangannya sebelum masuk melalui pintu dapur terbongkar apabila mereka diserbu penduduk dan empat anggota dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar.

Lebih memalukan, perbuatan itu dilakukan ketika anak perempuan wanita berkenaan yang berusia lima tahun sedang tidur dalam bilik, manakala suami wanita terbabit yang juga kakitangan kerajaan tiada di rumah kerana bermalam di rumah isteri pertamanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, penduduk menyedari pasangan terbabit melakukan maksiat dan penduduk segera menghubungi pihak berkuasa.

Penduduk, Ahmad Zam, 45, berkata mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa agama kerana tidak sanggup menanggung dosa bersubahat membiarkan maksiat berlaku di kawasan mereka.

“Selama ini, kami sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan berkenaan di sekitar Pagoh, namun semalam, kami nekad tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas dengan membantu penguat kuasa Pejabat Agama Muar menahan mereka,” katanya.
Ahmad berkata, ketika keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 9.30 malam, beliau terserempak dengan lelaki itu yang sedang memandu sebuah kereta memasuki taman berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi tiga rakannya sebelum mereka mengekori kenderaan lelaki itu selama hampir 10 minit sebelum melihat dia meninggalkan kereta di persimpangan jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah wanita terbabit.

Difahamkan, warga tua bukan Islam itu bertugas sebagai pengurus sebuah kilang sawit di sini, manakala pasangannya bekerja di tempat sama.

Friday, June 29, 2012

Kemaluan Terkoyak - Dirogol Ketika Mandi Sungai


KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

SH

Lelaki Ditahan Kerana Lakukan Onani di depan Guru Agama


Banjarmasinpost melaporkan seorang warga Purwoasri, Kabupaten Kediri, Jawa Timur ditahan oleh polis kerana melakukan onani di depan rombongan guru perempuan sebuah madrasah, Khamis (31/5/2012).

Peristiwa yang terjadi di jalan umum Desa Kapas, Kecamatan Kunjang ini bermula apabila suspek menunggang motosikalnya berhenti di depan empat orang guru Madrasah Ibtidaiyah yang dalam perjalanan pulang seusai mengajar di wilayah Purwoasri.

Sambil menghadang, suspek yang telah menikah dan dikurniai seorang anak ini dengan selamba membuka celana dan melakukan onani di hadapan kelompok guru yang masih muda itu.

Oleh sebab takut dan berasa jijik melihat perbuatan lelaki itu, guru-guru tersebut segera melarikan diri menuju ke balai polis di Kunjang dan melaporkan kejadian tersebut. Pihak polis yang bertindak pantas berjaya menahan lelaki itu di sekitar kawasan kejadian.

Lelaki itu mengaku melakukan aksi ekshibisionisme itu tanpa sedar kepada pihak polis. Dia mendakwa ada dorongan yang kuat dari dalam dirinya untuk berbuat demikian sehingga tidak mampu ditahan. Dia juga mengaku telah tiga kali melakukan perbuatan tidak senonoh itu di tiga lokasi yang berbeza.

Ayah suspek, Tukiran (65) berasa sesal atas perbuatan anaknya. -DCM