Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Sunday, April 8, 2012

Gadis Kalimantan Diperkosa 18 Lelaki


Laman VIVAnews melaporkan remaja perempuan yang dinamakan sebagai NA (16 tahun) dari Kubu Raya, Kalimantan Barat diperkosa 18 remaja lelaki di beberapa lokasi di Kecamatan Sungai Ambawang dan di Kabupaten Kubu Raya, pada malam Rabu, 4 April 2012.

Menurut Ketua Satreskrim Polres Pontianak, Komisaris Puji Prayitno, kronologi pemerkosaan ini bermula ketika NA sedang berbual-bual dengan teman lelakinya, HA, di Bundaran Alianyang sekitar pukul 11.00 malam waktu tempatan. Tidak lama kemudian, dua remaja dinamakan sebagai LO dan DM muncul lalu memukul HA. LO dan DM kemudian merampas telefon bimbit HA. Kemudian, kedua-duanya meninggalkan lokasi kejadian. HA yang ketakutan meninggalkan NA keseorangan di situ. NA kemudian menunggang motosikalnya untuk mencari pertolongan.

NA berhenti di depan sebuah gudang kontainer di Jalan Trans Kalimantan. Sambil menangis, NA menemui beberapa remaja lelaki yang berada di situ untuk meminta pertolongan.

Malangnya, LO dan DM yang merampas telefon bimbit HA berada dalam kalangan remaja itu. Selain LO dan DM, enam remaja lain turut berada di situ ialah AR, AN, MS, RO, BO dan Mr X. NA kemudiannya dipaksa meneguk minuman berakhohol sehingga mabuk.

Kelapan-lapan remaja itu tadi dengan rakus memperkosa NA secara bergilir-gilir. LO kemudiannya menghantar NA ke Bundaran Alianyang. Di sana, dua remaja, DR dan FI telah menunggu untuk meratah NA. Di lokasi itu, LO dan DR memperkosa NA.

Penderitaan NA tidak berhenti di situ. FI yang belum meratah NA, membawa gadis malang itu ke kebun sayur di Ambawang. Di kebun sayur itu, FI memperkosa NA bersama-sama dengan SO, MX, dan RS. RO yang baru tiba di kebun sayur itu turut melakukan perkara terkutuk itu.

RO kemudian membawa NA ke sebuah pondok tidak jauh dari kebun sayur itu. Di sana, sudah menunggu empat orang remaja, iaitu BR, DR, MS, dan HN. Keempat-empat remaja itu juga melampias hawa nafsu mereka dengan memperkosa NA secara bergilir-gilir.

Tanpa mempeduli kondisi NA, RO membawanya ke Siantan. NA dibawa ke rumah salah seorang suspek. Di sana, dua orang remaja, yakni IN, dan Rl telah menunggu. NA dipaksa melayani kedua-dua remaja tersebut. Sepanjang malam NA melalui pengalaman yang paling mengerikan dalam hidupnya.

Dengan sisa tenaga yang ada, NA menunggang motosikalnya pulang ke rumah. Sampai di rumah, NA terus menangis teresak-esak. Curiga dengan keadaan NA, keluarganya memaksa dia menceritakan perkara yang telah berlaku.

Keluarga NA melaporkan peristiwa itu kepada Polsek Tambawang pada pagi Khamis 5 April 2012. Kes itu dimaklumkan kepada Polresta Pontianak.

Pihak polis yang menerima laporan telah bertindak dengan pantas untuk mengesan suspek. Hasilnya, enam orang remaja telah berjaya ditangkap. Yang menyedihkan, para perogol itu terdiri daripada remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun.

"Saat ini, kami sudah menangkap 6 orang. Jadi yang lain masih dalam pengejaran pihak kepolisian," kata Komisaris Puji Prayitno kepada VIVAnews, Sabtu 7 April 2012.

Puji meminta peristiwa ini dijadikan pelajaran yang amat berguna kepada ibu bapa. Dia mengingatkan ibu bapa agar menjaga anak masing-masing agar tidak mengalami peristiwa yang sama. Ibu bapa juga diminta sentiasa memantau dan bertindak mengesan anak mereka jika masih belum pulang apabila sudah larut malam.

Sementara itu, salah seorang suspek iaitu, LO mengakui perbuatan bejatnya. Katanya, "Saya tidak tahu perempuan itu. Hanya tahunya daripada kawan yang membawanya. Tapi, saya ikut melakukan itu, karena melihat kawan-kawan semua melakukannya."

DR juga mengakui perbuatannya. Dia berbuat demikian kerana diajak temannya. "Pelakunya ramai. Tidak hanya yang ada di sini. Karena kawan sudah melakukannya semua, saya jadi ikut. Saya dapat giliran yang terakhir," kata DR. -DCM/VivaNews


P/s: Berita ini bukan berita untuk memberahikan anda. Berita yang saya olah/edit daripada VivaNews ini adalah antara berita kebejatan moral dan jenayah seksual yang amat tragis dan sadis yang pernah saya baca. Jika sebelum ini, ada mangsa yang dirogol atau dibunuh, namun pelakunya hanya sekitar 2 hingga 3 orang. Kes yang berlaku di Kalimantan ini melibatkan 18 orang pelaku dan kejadian ini berlaku dalam tempoh 6-7 jam. -DCM

1 comment:

  1. hello,how are you.this good my blog
    can you help me link my blog.

    http://gaythainews.blogspot.com/
    http://gaythainews.blogspot.com/
    http://gaythainews.blogspot.com/

    ReplyDelete