KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar
berusia 16 tahun yang mengadu sakit perut dan mendapatkan rawatan di
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akhirnya mengaku dia baru
melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg galas.
Beg galas yang mengandungi bayi
perempuan yang dilahirkan pada jam 1 pagi Selasa itu kemudian diberi
kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungan beg itu.
"Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam beg galas itu
apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar
itu dan memintanya membawakan beg berkenaan," kata Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K Manoharan.
Beliau berkata, penipuan pelajar
Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini itu terbongkar pada 6
petang Selasa lalu apabila doktor yang merawatnya mendapati dia baru
melahirkan anak.
"Pelajar berusia 16 tahun itu
kemudian mengaku kepada doktor itu bahawa dia melahirkan seorang bayi
perempuan di asrama sekolahnya," katanya kepada pemberita di sini, hari
ini.
Beliau berkata, hasil siasatan di
tempat pelajar itu melahirkan bayinya, polis menemui gunting yang
dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi dan dibuang dalam tong
sampah.
"Berdasarkan laporan bedah siasat
terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala dan terdapat
air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. - BERNAMA
Credit: Kakibising dot com
Mohon buat pautan blog:
ReplyDeleterizuwankini.blogspot.com
Terima kasih.