Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Thursday, April 12, 2012

LAMPIAS NAFSU DI KUBUR CINA


Ipoh - Sepasang kekasih yang kemaruk bercinta sanggup memilih jirat Cina untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan kawasan itu adalah tempat paling selamat tanpa sebarang gangguan.

Malangnya, anggapan itu meleset apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyergah pasangan berusia awal 20-an tersebut serta diarahkan beredar ketika melakukan serbuan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini awal pagi semalam.

Tindakan yang sama turut diambil terhadap sepasang kekasih lain yang sedang leka melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang kawasan rekreasi tersebut.

Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbuan sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh oleh pegawai penguat kuasa Jaipk menggunakan lampu suluh.

Sewaktu sesi soal siasat dijalankan teman lelaki pasangan terbabit memberi alasan dia mahu menghantar gadis tersebut pulang ke rumah selepas habis waktu kerja.

Bagaimanapun, pasangan itu diarahkan meninggalkan kawasan terbabit selepas diberikan amaran lisan oleh pegawai Jaipk yang bertugas.

Sementara itu, Pengarah Jaipk, Mohd Yusop Husin berkata, seramai 10 pegawai penguat kuasa Jaipk yang menaiki dua van melakukan rondaan cegah maksiat di sekitar taman rekreasi tersebut sehingga jam 3 pagi.

Menurutnya, rondaan berkumpulan itu tidak hanya dilakukan pada waktu hujung minggu atau cuti umum malah turut membabitkan hari biasa.

“Kami memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam.

“Berikutan itu kami sentiasa kerap melakukan rondaan dan operasi rambang pada setiap masa bagi mengelakkan gejala tidak bermoral itu daripada terus berleluasa.

“Selain itu, kami juga turut melakukan tindakan berdasarkan aduan orang ramai bagi memastikan golongan remaja dan belia terhindar dari aktiviti yang menghampiri zina,” katanya. -SH

Flat Bohsia Diserbu


Ipoh: Sebuah flat usang di kawasan Anjung Tawas Damai, Tasek, di sini, mendapat jolokan ‘flat awek bohsia’ apabila dikesan menjadi sarang maksiat berikutan dihuni lebih 300 wanita warga asing dari pelbagai negara. gambar fail

Flat berkenaan menjadi perbualan penduduk setempat berikutan kediaman itu seolah-olah dijajah pendatang warga asing yang menyewa serta menghuni sejak lebih setahun lalu.

Malah, kehadiran lelaki warga asing yang kerap berkeliaran terutama pada waktu malam di flat itu turut menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang tempat itu dijadikan ‘sarang’ kegiatan tidak bermoral.

Susulan aduan dan laporan diterima daripada penduduk, Jabatan Imigresen menyerbu flat berkenaan jam 10.45 malam kelmarin.

Ketua Unit Operasi Jabatan Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, operasi bersepadu itu disertai Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Menurutnya, pihak berkuasa terlebih dulu mengepung kawasan flat setinggi lima tingkat itu sebelum memeriksa setiap unit kediaman berkenaan.

“Hasil pemeriksaan itu mengejutkan apabila flat itu dihuni 349 wanita warga asing pelbagai negara.

“Kebanyakan wanita warga asing ini didapati menyewa beramai-ramai di flat berkenaan dan bekerja di kawasan kilang dan bandar berhampiran,” katanya.

Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, semua wanita warga asing itu memberikan kerjasama dan diarahkan berkumpulan di padang berhampiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati 377 warga asing ditahan untuk pemeriksaan. Mereka yang diperiksa ialah 28 lelaki dan 349 orang wanita.

“Pemeriksaan mendapati 23 individu ditahan berasal dari Indonesia, 61 (Kemboja), 58 (Vietnam) dan 235 (Myanmar),” katanya.

Menurutnya, Imigresen bagaimanapun tidak membuat sebarang tangkapan berikutan semua warga asing ditahan memiliki dokumen serta pas yang sah tinggal di negara ini.

“Operasi ini sebagai persiapan dan persediaan penyelarasan kerjasama antara agensi penguat kuasa sebelum operasi besar-besaran di bawah Penguatkuasaan Program 6P bermula selepas tamat tempoh pemutihan.

“Imigresen mempergiatkan operasi seumpama itu di seluruh negeri ini bagi memastikan negeri ini tidak menjadi pusat kehadiran pekerja warga asing,” katanya. -hm

Sunday, April 8, 2012

Gadis Kalimantan Diperkosa 18 Lelaki


Laman VIVAnews melaporkan remaja perempuan yang dinamakan sebagai NA (16 tahun) dari Kubu Raya, Kalimantan Barat diperkosa 18 remaja lelaki di beberapa lokasi di Kecamatan Sungai Ambawang dan di Kabupaten Kubu Raya, pada malam Rabu, 4 April 2012.

Menurut Ketua Satreskrim Polres Pontianak, Komisaris Puji Prayitno, kronologi pemerkosaan ini bermula ketika NA sedang berbual-bual dengan teman lelakinya, HA, di Bundaran Alianyang sekitar pukul 11.00 malam waktu tempatan. Tidak lama kemudian, dua remaja dinamakan sebagai LO dan DM muncul lalu memukul HA. LO dan DM kemudian merampas telefon bimbit HA. Kemudian, kedua-duanya meninggalkan lokasi kejadian. HA yang ketakutan meninggalkan NA keseorangan di situ. NA kemudian menunggang motosikalnya untuk mencari pertolongan.

NA berhenti di depan sebuah gudang kontainer di Jalan Trans Kalimantan. Sambil menangis, NA menemui beberapa remaja lelaki yang berada di situ untuk meminta pertolongan.

Malangnya, LO dan DM yang merampas telefon bimbit HA berada dalam kalangan remaja itu. Selain LO dan DM, enam remaja lain turut berada di situ ialah AR, AN, MS, RO, BO dan Mr X. NA kemudiannya dipaksa meneguk minuman berakhohol sehingga mabuk.

Kelapan-lapan remaja itu tadi dengan rakus memperkosa NA secara bergilir-gilir. LO kemudiannya menghantar NA ke Bundaran Alianyang. Di sana, dua remaja, DR dan FI telah menunggu untuk meratah NA. Di lokasi itu, LO dan DR memperkosa NA.

Penderitaan NA tidak berhenti di situ. FI yang belum meratah NA, membawa gadis malang itu ke kebun sayur di Ambawang. Di kebun sayur itu, FI memperkosa NA bersama-sama dengan SO, MX, dan RS. RO yang baru tiba di kebun sayur itu turut melakukan perkara terkutuk itu.

RO kemudian membawa NA ke sebuah pondok tidak jauh dari kebun sayur itu. Di sana, sudah menunggu empat orang remaja, iaitu BR, DR, MS, dan HN. Keempat-empat remaja itu juga melampias hawa nafsu mereka dengan memperkosa NA secara bergilir-gilir.

Tanpa mempeduli kondisi NA, RO membawanya ke Siantan. NA dibawa ke rumah salah seorang suspek. Di sana, dua orang remaja, yakni IN, dan Rl telah menunggu. NA dipaksa melayani kedua-dua remaja tersebut. Sepanjang malam NA melalui pengalaman yang paling mengerikan dalam hidupnya.

Dengan sisa tenaga yang ada, NA menunggang motosikalnya pulang ke rumah. Sampai di rumah, NA terus menangis teresak-esak. Curiga dengan keadaan NA, keluarganya memaksa dia menceritakan perkara yang telah berlaku.

Keluarga NA melaporkan peristiwa itu kepada Polsek Tambawang pada pagi Khamis 5 April 2012. Kes itu dimaklumkan kepada Polresta Pontianak.

Pihak polis yang menerima laporan telah bertindak dengan pantas untuk mengesan suspek. Hasilnya, enam orang remaja telah berjaya ditangkap. Yang menyedihkan, para perogol itu terdiri daripada remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun.

"Saat ini, kami sudah menangkap 6 orang. Jadi yang lain masih dalam pengejaran pihak kepolisian," kata Komisaris Puji Prayitno kepada VIVAnews, Sabtu 7 April 2012.

Puji meminta peristiwa ini dijadikan pelajaran yang amat berguna kepada ibu bapa. Dia mengingatkan ibu bapa agar menjaga anak masing-masing agar tidak mengalami peristiwa yang sama. Ibu bapa juga diminta sentiasa memantau dan bertindak mengesan anak mereka jika masih belum pulang apabila sudah larut malam.

Sementara itu, salah seorang suspek iaitu, LO mengakui perbuatan bejatnya. Katanya, "Saya tidak tahu perempuan itu. Hanya tahunya daripada kawan yang membawanya. Tapi, saya ikut melakukan itu, karena melihat kawan-kawan semua melakukannya."

DR juga mengakui perbuatannya. Dia berbuat demikian kerana diajak temannya. "Pelakunya ramai. Tidak hanya yang ada di sini. Karena kawan sudah melakukannya semua, saya jadi ikut. Saya dapat giliran yang terakhir," kata DR. -DCM/VivaNews


P/s: Berita ini bukan berita untuk memberahikan anda. Berita yang saya olah/edit daripada VivaNews ini adalah antara berita kebejatan moral dan jenayah seksual yang amat tragis dan sadis yang pernah saya baca. Jika sebelum ini, ada mangsa yang dirogol atau dibunuh, namun pelakunya hanya sekitar 2 hingga 3 orang. Kes yang berlaku di Kalimantan ini melibatkan 18 orang pelaku dan kejadian ini berlaku dalam tempoh 6-7 jam. -DCM

Wednesday, April 4, 2012

PASANGAN DICEKUP KHALWAT 2 KALI DALAM TEMPOH 10 JAM


PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa sekitar Kubang Pasu, semalam.

Jitra: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam.

Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber pejabat agama itu berkata, mereka ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah sewa pelajar perempuan dan ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu berada berdua-duaan dalam sebuah bilik, manakala seorang rakannya tidur di bilik berasingan.

Pelajar perempuan itu berasal dari Kampung Sungai Korok di sini dan rakan serumahnya belajar di semester pertama sebuah IPTA di sini, manakala teman lelakinya yang berasal dari Kampung Teluk Malik, juga di sini belajar di sebuah IPTA lain.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka remaja perempuan yang berpakaian lengkap dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasilnya mendapati dua motosikal, termasuk motosikal lelaki itu diletakkan di ruang tamu rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya. -BH