Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Friday, February 1, 2013

Ibu tunggal 9 anak dicekup bogel


BESUT – Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.
Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.
Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.
“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.
Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim.
Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sinar

Mengaku cabul budak 12 tahun dalam lif



GEORGETOWN - Padah mencabul budak perempuan 12 tahun di dalam lif, seorang warga Bangladesh dipenjarakan sehari dan didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Norhayati Ibrahim turut mengarahkan Md Foridul, 26, membayar RM1,000 sebagai pampasan kepada mangsa.

Keputusan itu dibuat sejurus Md Foridul yang tinggal di sebuah rumah kampung di Padang Tembak, Air Itam, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, Md Foridul didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dengan memeluk badan, mencium dan menggigit pipi kanan mangsa, dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Padang Tembak, kira-kira jam 6.45 petang, 19
April tahun lalu.

Untuk itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairul Fairuz Rahman mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohd Khairul Fairuz turut mencadangkan Seksyen 426 (1) (b) Kanun Acara Jenayah supaya Md Foridul membayar pampasan kepada mangsa.

Dalam rayuannya, Md Foridul meminta hukuman ringan kerana hanya bekerja sebagai pekerja kontrak.

Bagaimanapun. Mohd Khairul Fairuz memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana kesalahan yang dilakukan oleh warga asing itu adalah serius dan melibatkan mangsa yang baru berusia 12 tahun.


Sinar

Salon seks diserbu



PUCHONG - Pakej tiga dalam satu. Sambil mencuci rambut, pelanggan turut ditawarkan khidmat urut dan seks.

Pelanggan diberi pilihan sama ada mahu mencuci rambut pada harga RM80, pakej urutan badan RM160 atau yang inginkan khidmat seks boleh berunding harga dengan wanita berkenaan.

Taktik licik premis itu berjaya dikesan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, yang membuat penyamaran selama dua hari sebelum menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Rohan Shah Ahmad berkata, seramai 12 wanita warga asing diberkas di premis terbabit.

Menurutnya, kesemua wanita berusia 23 hingga 42 tahun ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Seramai tujuh wanita Vietnam, empat China, dan seorang Thailand ditahan kerana tidak memiliki pasport,” katanya. Rohan Shah berkata, premis yang beroperasi tanpa lesen itu mempunyai beberapa bilik dan turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV) di pintu pagar bahagian tangga serta pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk.

“Seorang penjaga premis yang baru sebulan bekerja bersama empat pelanggan berusia 21 hingga 30 tahun turut ditahan dalam serbuan itu. Kami juga merampas beberapa bungkusan kondom, wang tunai RM1,000 dan minyak urut,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

Sinar

Friday, November 23, 2012

Remaja Tak Sangka Bersetubuh Dengan Bapa Kandung Sendiri!




Kuala Lumpur – Seorang mangsa rogol bawah umur memberitahu mahkamah, dia melakukan hubungan seks dengan bapa kandungnya dengan rela hati dan bukan dipaksa.
Mangsa yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Sesyen semalam, dia tidak mengetahui lelaki berusia 54 tahun dikenali sebagai ‘Mat Kedah’ itu ialah bapa kandungnya ketika melakukan perbuatan itu di atas tilam di dalam bilik tidurnya yang turut dihuni ibu kandungnya.
Hasil hubungan itu, mangsa yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan selama tiga tahun melahirkan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun tujuh bulan selepas disahkan mengandung pada Ogos 2010.
Pengakuan itu dibuat ketika keterangan impak mangsa (VIS) di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan terhadap bapa kandungnya itu yang mengaku salah merogol gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini, jam 1 pagi, pada penghujung Julai 2010.
Mangsa mengakui kesan kejadian itu menyebabkan dia berasa malu kerana penghuni lain di rumah perlindungan mengetahui dia mengandung anak luar nikah.
Ketika ditanya Emelia apa tindakan ibunya apabila mengetahui dia mengandung hasil perbuatannya dengan tertuduh, mangsa memberitahu ibunya tidak berkata apa-apa dengan alasan perkara itu sudah terjadi.
“Saya melakukan perbuatan itu bukan sebab paksaan dia (tertuduh) tetapi dengan rela hati,” katanya.
Emelia sempat menasihatkan mangsa supaya menjaga anaknya dengan baik dan mengingatkan wanita itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan serta mencari rezeki halal untuk membesarkan anak itu yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun.
Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang kelihatan sugul sepanjang prosiding kes, Emelia menempelak lelaki yang mempunyai empat rekod jenayah termasuk rogol dan dadah.
Tertuduh memberitahu mahkamah dia tidak tahu mangsa adalah anak kandungnya malah pada awal prosiding kes memberitahu hubungan dengan mangsa atas dasar kawan.
Mengikut fakta kes, pengadu adalah bapa angkat mangsa bertindak membuat aduan polis selepas mendapati anak angkatnya itu mengandung enam bulan hasil perbuatan tertuduh kerana bimbang anak dikandungnya itu akan dijual dan mangsa dijadikan pelacur.
Pada sekitar Julai 2010, mangsa memanggil tertuduh dan ibu untuk tidur di atas tilam di dalam bilik tidurnya sebelum lelaki itu merogolnya pada jam 1 pagi tetapi dia hanya bertindak mendiamkan diri. – Berita Harian

METRO

Thursday, September 6, 2012

Adik dirogol 13 kali, kakak dirogol 9 kali oleh abang ipar

Gambar Hiasan

KUALA KETIL – Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah terjadi kepada dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini.

Salah seorang dari dua beradik itu dirogol sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010.

Lebih malang, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu.

Kejadian terkutuk itu diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil.

Keadaan itu mengakibatkan lelaki berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol, sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Sinar