KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal 
nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang 
kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung 
Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak
 dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan 
melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat 
Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada 
hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit 
di kemaluannya.
“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik
 air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” 
katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan 
itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, 
mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek 
beberapa kali.
Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.
Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada
 hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun
 Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu 
siasatan.



























