JITRA - Seorang janda beranak satu berusia 23 tahun dicekup dalam
keadaan bogel ketika bersama pasangannya, Mat Karpet yang baru
dikenalinya dua bulan lalu, selepas disyaki berkhalwat di sebuah bilik
motel di kawasan perumahan di pekan ini, kelmarin.
Wanita yang masih dalam edah selepas berpisah dengan suaminya sebulan
lalu, ditahan bersama lelaki warga Pakistan itu pada jam 5.10 petang
oleh sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu.
Sumber PADKP berkata, pihaknya yang menerima aduan kegiatan maksiat di
motel itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di sebuah bilik
yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Katanya, setelah mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki Pakistan
yang hanya berseluar panjang tanpa baju membukanya dan terkejut melihat
kehadiran penguatkuasa lalu membenarkan pemeriksaan dilakukan.
"Pemeriksaan mendapati seorang wanita menyorok dibelakang pintu dengan hanya berselimut tanpa pakaian dan dalam ketakutan.
"Hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
"Lelaki Pakistan berusia 23 tahun tahun itu tidak sempat memakai seluar
dalam dan kami mengarahkan mereka berpakaian sebelum dibawa ke Balai
Polis Jitra bagi membuat laporan penahanan mereka dan seterusnya dibawa
ke pejabat PADKP untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, pasangan itu masing-masing menetap di Kuala Kedah, dekat sini,
dan tinggal berhampiran, malah kerap bertemu apabila keluarga lelaki
terbabit sering datang ke rumah nenel wanita berkenaan.
Menurutnya, wanita itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia dua
tahun meninggalkan anaknya dalam jagaan neneknya untuk mengikut teman
lelakinya menyewa motel berkenaan untuk melakukan maksiat.
"Mat Karpet itu tinggal di negara ini bersama bapanya yang berkahwin
dengan warga tempatan sejak empat tahun lalu dan berkenalan dengan
wanita itu di Alor Setar ketika menjual karpet.
"Pasangan itu memberi alasan terpaksa membuka pakaian dam berbogel dalam
bilik yang disewa mereka kerana keadaan dalam bilik itu 'panas'
sedangkan hujan baru berhenti.
No comments:
Post a Comment