Gambar Hiasan |
MUAR – Seorang isteri tergamak membuat
laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri
kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.
Malangnya,
tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil
pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau
berlaku kekerasan ke atasnya.
Menurut sumber, wanita terbabit
dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu,
selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga
pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
“Sejak itu, mereka sering
berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini
yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya,
dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita
terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan
terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah
berkenaan.
“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya
yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang
terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan,
bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.
Katanya lagi, suami
wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut
mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga
Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan
akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita berkenaan.
“Lelaki
terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana
mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam
pada mata,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis
Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan
ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. - Sinar
No comments:
Post a Comment