Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Friday, July 6, 2012

Bapa perkosa anak sulung berusia 15 tahun

AYER KEROH - Padah perkosa anak sulung empat tahun lalu, seorang lelaki dihukum penjara maksimum 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 39 tahun terbabit selepas memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sumbang mahram iaitu melakukan persetubuhan dengan anak berusia 15 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Batu Gajah, Merlimau, Jasin kira-kira jam 1 pagi pada 28 Mac 2008.

Bapa enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 B, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman seringan-ringannya diberikan terhadap dirinya yang mempunyai tanggungan ramai.

“Ini adalah kes pertama dan saya tidak mempunyai rekod lampau. Saya mempunyai tanggungan ramai dan mahu menjaga mereka serta mahu memulakan kehidupan baru”, katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar meminta mahkamah memberikan hukuman berat dan sebatan setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh.


Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua belah pihak pembelaan serta pendakwaan, Abu Bakar menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh penjara 20 tahun daripada tarikh ditangkap pada 4 Oktober 2010 dan enam kali sebatan.

Kes tertuduh yang pernah melarikan diri selama lebih dua tahun selepas laporan dibuat, mula dibicarakan pada 15 Februari 2012 sebelum diarahkan mahkamah membela diri pada 21 Mei lalu.

Seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil sepanjang perbicaraan dijalankan.

Sumber

No comments:

Post a Comment