Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32)

Al Israa’ (17) : Ayat 32

Friday, July 20, 2012

Pelajar tingkatan 2 jadi hamba nafsu abang ipar sejak 4 tahun lalu



ARAU - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan saja diperlakukan seperti hamba seks, malah dikurung dan dirogol oleh abang iparnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Lebih malang, mangsa yang pertama kali dirogol suspek berusia 30-an itu sejak 2008, di rumah sewa bapanya, di sini, sebelum diugut akan mencederakannya jika mangsa mengadu kepada keluarganya.

Difahamkan, mangsa mula dijadikan hamba seks sejak tahun 2008 ketika mereka tinggal di rumah bapanya di Pulau Pinang dan berterusan diperlakukan lebih lima kali sehingga 2009

"Mangsa yang takut dicederakan terpaksa mengikut kehendak suspek sehingga dia berpindah ke Perlis dan tinggal di Jejawi, di sini, sejak 2010.

"Tidak lama selepas mangsa tinddal di situ, abang iparnya datang mencarinya sebelum tinddal di rumah ibunya sejak awal tahun ini," katanya.

Menurut sumber, mangsa menjadi hamba seks ketika ketiadaan ibu dan bapanya kerana keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama abang serta kakak iparnya.

"Sebaik abang iparnya berpindah ke situ, mangsa dirogol suspek lebih lapan kali sejak awal tahun ini dan kali terakhir jam 8.30 pagi, 8 Julai lalu.

"Dalam kejadian terbaru itu, suspek mengejutkan mangsa yang ketika itu tidur di ruang tamu rumahnya di Jejawi, di sini, sebelum mengeheretnya masuk ke dalam bilik tidur ibunya sebelum merogolnya.

"Mangsa yang trauma dan merana dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Arau, di sini, pada 12 Julai lalu," katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, kerika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.


Credit: Pilihan Anda

No comments:

Post a Comment

Post a Comment